catatan:afriadi sanusi
http://adi-rawi.blogspot.com/2009/12/tuanku-rao-seorang-ulama-pejuang-melayu.html
Tuanku
Rao adalah seorang ulama yang telah berjaya mengIslamkan keseluruhan
orang-orang Rao dan kawasan sekitarnya. Beliau juga adalah seorang
pejuang kemerdekaan yang syahid ditangan penjajah. Ketokohan Tuanku Rao
telah terpahat di hati dan menjadi kebanggaan setiap orang Rao khasnya
dan Melayu amnya. Atas jasa beliau Orang-orang Rao, Tapanuli dan kawasan
sekitarnya sampai sekarang semuanya beragama Islam dan masih mengaji
dengan menggunakan bahasa Rao. Kematiannya telah menyematkan perasaan
anti penjajah di hati orang-orang Rao. Baik yang ada di Rao mahupun yang
telah berhijrah ke Malaysia ketika itu. Kajian ini akan coba mengungkap
sejarah ketokohan Tuanku Rao sebagai seorang Ulama dan seorang Pejuang
dari bangsa Melayu.
Pendahuluan
Kajian
ini terinspirasi semenjak keterlibatan penulis dalam team pengkaji
Biografi dan Pemikiran Politik
Ulama Melayu Silam di Asia Tenggara. Penulis telah melakukan kajian lapangan diberbagai tempat Asia Tenggara untuk melihat berbagai peninggalan dan melakukan temu bual di berbagai tempat. Kajian itu memakan masa dua tahun dan dibiayai oleh kerajaan Malaysia atas nama Universiti Malaya tempat penulis melanjutkan PhD saat ini.
Ulama Melayu Silam di Asia Tenggara. Penulis telah melakukan kajian lapangan diberbagai tempat Asia Tenggara untuk melihat berbagai peninggalan dan melakukan temu bual di berbagai tempat. Kajian itu memakan masa dua tahun dan dibiayai oleh kerajaan Malaysia atas nama Universiti Malaya tempat penulis melanjutkan PhD saat ini.
Ramai
tokoh intelektual muslim (ulama) yang telah dicatatkan dalam berbagai
media, dan kurang sekali bahan bacaan yang menulis tentang Tuanku Rao.
Dua penulisan tentang Tuanku Rao yang ada, ditulis oleh orang Batak dan
Tapanuli yang terlihat tidak memahami sama sekali adat, budaya, sosial,
ekonomi dan bahasa orang Rao. Sehingga berlakulah pengalihan isu seperti
nama kampong Koto Godang di Rao ditukar menjadi Huta Godang di Batak,
nama Fakih gelaran Tuanku Rao (orang yang ahli dibidang agama terutama
fikh) ditukar menjadi Pokki menurut loghat Batak dan sebagainya. Kajian
ini lahir juga atas dorongan beberapa orang rakan penulis selepas
penulis menjadi pembentang dalam seminar Melayu Rao Malaysia di
Universiti Sultan Idris Tanjung Malim pada 25 Julai 2009 lalu.
Rao Sepintas Lalu
Rao
yang dimaksudkan dalam tulisan ini adalah daerah rawa-rawa, dalam
lingkaran bukit barisan meliputi berbagai-bagai daerah yang luas seperti
Panti, Padang Gelugor, Langsat Kadap, Lubuk Layang, Kubu Sutan, Sungai
Ronyah, Selayang, Muara Sipongi (disebut dengan Rao versi lama) yang
terletak ditengah pulau Sumatera. Di sebelah Utara, Rao bersempadan
dengan Sumatera Utara berbangsa Tapanuli, di sebelah Timur bersempadan
dengan Riau Daratan berbangsa Melayu Riau, di Selatan, bersempadan
bangsa Minangkabau, manakala di sebelah Barat, terbuka dengan Selat
Mentawai yang secara geografi membentuk permukaan bumi di daratan pulau
Sumatera.
Yang
dimaksud dengan orang Melayu Rao dalam tulisan ini adalah; mereka yang
berasal dari keturunan Rao, masih menggunakan bahasa Rao, dan masih ada
mengamalkan adat resam dan budaya Rao. Budaya Rao yang paling terkenal
ialah bojojak, botatah atau adat pantang tanah[2]. Budak-budak Rao tidak boleh menyentuh tanah sebelum di jalankan upacara bojojak ini.
Bahasa
dan budaya Rao berbeda dengan bahasa dan budaya Tapanuli, Minangkabau
dan Riau daratan. Melayu Rao adalah sebuah tamadun yang tua, ini
dibuktikan dengan terdapatnya berbagai bukti arkeologis barang purbakala
yang berumur ribuan tahun di Rao. Seperti candi Tanjung Medan di Petok
Panti, Candi Pancahan, Arca Dwarapala Padang Nunang, Prasasti Lubuk
Layang dan Candi Bukit Rao yang ditemukan oleh Amran Datuk Jorajo
Cerita
tentang Rao banyak terdapat dalam sejarah yang ditulis oleh orang
Belanda. Ini kerana di Rao terdapat sebuah benteng Amorogen yang
menyaksikan pertempuran sengit penjajah Belanda melawan penduduk pribumi
yang dipimpin oleh Tuanku Rao. Rao dizaman silam adalah sebuah kota
yang cukup besar, pusat perekonomian dengan terdapatnya tambang mas
terbesar di Sumatera ketika itu. Di antaranya ialah yang ditulis oleh
Letnan 1 Infanteri J.C. Boelhouwer yang diterbitkan kembali dalam bahasa
Indonesia oleh Pemerintah Daerah Pasaman. Dalam buku tersebut penduduk
pribumi Sumatera mereka panggil dengan istilah Melayu.
Semenjak
kedatangan Belanda ke Rao yang berjaya mengalahkan pejuang Paderi yang
dipimpin oleh Tuanku Imam Bonjol, Tuanku Rao dan Tuanku Tambusai sampai
sekarang Rao telah didatangi oleh orang Minangkabau. Tapanuli dan Jawa.
Majoriti komuniti masyarakat suku kaum Rao terdapat di luar seperti
Medan, Malaysia, Palembang dan sebagainya. Sementara di Rao sendiri
telah didatangi oleh orang lain bukan suku kaum Rao untuk mengisi
kekosongan yang terdapat di Rao.
Masyarakat
suku kaum Melayu Rao (Rawa) telah berhijrah ke Malaya mulai abad ke
lima lagi. Perkampungan Rao banyak terdapat di Perak, Negeri Sembilan,
Pahang, Selangor dan Kelantan. Nama-nama kampong mereka dibawa dari nama
kampong yang terdapat di Rao sendiri. Dalam kehidupan keseharian
mereka, suku kaum ini masih mempertahankan bahasa, adat istiadat, budaya
dan hubungan kekerabatan dengan kampong asal nenek moyang mereka di
Rao.
Faktor
penghijrahan besar-besaran orang Rao, adalah disebabkan Rao ditakluk
oleh Belanda pada tahun 1833. Faktor penghijrahan lainya adalah
disebabkan meletusnya perang saudara antara Pemerintahan Revolusioner
Republik Indonesia (PRRI) dengan tentera pusat di Sumatera Barat pada 15
Februari 1958, dan Rao adalah kubu terakhir PRRI ketika itu.
Pemberontakan parti komunis Indonesia pada tahun 1966 juga diperkirakan
mempengaruhi penghijrahan.
Sejarah Tuanku Rao Yang Kabur
Nama
dan tanggal lahir serta asal usul Tuanku Rao banyak menimbulkan
kontraversi. Terdapat dua buku yang berjudul tentang Tuanku Rao yang
ditulis oleh bukan orang Rao. Satu buku ditulis oleh orang Batak
Insinyur (engineering) Mangaradja Onggang Parlindungan (MOP) yang
berjudul “Pongkinagolngolan Sinambela Gelar Tuanku Rao. Teror Agama Islam Mazhab Hambali Di Tanah Batak” dan satu lagi ditulis oleh orang Tapanuli Basyiral Hamidy Harahap yang berjudul “Greget Tuanku Rao”.
Mengutip
kata Profesor Dr Mustika Zed seorang pakar sejarah Indonesia mengatakan
bahawa kedua buku tersebut hanya membahaskan Tuanku Rao dalam sub bab
buku mereka. Pembahasan mereka lebih banyak mengarah kepada yang lain,
bukan tentang Tuanku Rao. Menurut Hamka, buku itu sepertinya ingin
mengangkat suku kaum tertentu dan bermaksud menjatuhkan suku kaum dan
agama lain. Objektifiti buku juga dipertanyakan disaat kedua penulis
sepertinya hanya bermaksud menaikkan nama dan imeg kaumnya, bukan
membahas tentang Tuanku Rao. Buku tersebut sebenarnya tidak layak diberi
judul Tuanku Rao, kerana pembahasan yang terlalu sedikit dan tidak
mewakili Tajuk. Buku ini juga ditulis oleh mereka yang tidak tahu
sosial, ekonomi, budaya dan politik orang Rao.
Buku
MOP ini telah diseminarkan di Padang pada 23-26 Julai 1969 dengan
menghadirkan MOP sendiri dan banyak pakar sejarah. Mengutip kata Hamka
bahawa waktu seminar itu MOP tidak berkutik dan tidak mampu
mempertahankan kebenaran apa yang dia tuliskan. Berbagai pertanyaan dan
kritikan tidak dapat ditangkis (dijawab) MOP, ketika itu.
Profesor
Dr Hamka sebagai seorang ulama dan juga ahli dibidang falsafah,
sastera, sejarah, sosiologi dan politik Islam serta Barat secara khusus
mengkritik buku tersebut dengan menulis sebuah buku berjudul “Tuanku Rao Antara Fakta dan Khayal” setebal 363 halaman.
Dalam
buku tersebut Hamka menuliskan bahawa 80% karangan MOP itu adalah tidak
benar dan kalau boleh dikatakan dusta. Antara kalimat Hamka dalam
menanggapi buku itu ialah “bodoh berlagak pintar” (h.23), Dongeng
(h.37), sangat diragukan bahkan tertolak sama sekali (h. 50), tak faham
bahasa Arab h. (59 & 75), Hayalan (h. 63) kahayalan sam suparlin,
kebodohan penulisnya (h. 76), banyak dongeng seperti cerita 1001 malam
(h. 100), cerita baru dan lain dari yang ditulis oleh para pakar sejarah
lainnya dan metodenya yang salah (h.106), tukang kaba (tukang dongeng
dizaman melayu kuno) (h.108), dan diakhiri dengan kata-kata HOTA GODANG
(dusta besar dalam bahasa minang) (h.268).
Menurut
penulis kata-kata itu tidak akan keluar dari seorang cendekiawan
intelektual muslim dan tokoh besar umat Islam seperti Hamka kalau tidak
karena kesalahan yang dilakukan oleh MOP itu teramat besar dan fatal.
Mungkin sahaja kerasnya kalimat Hamka itu didasari oleh ayat “asshidda`u alal al kuffar ruhama`u bainahum”
Buku
MOP paling itu banyak menimbulkan kontraversi dan perdebatan diberbagai
seminar mahupun media lainnya. Ini karena berisi data-datanya fiktif
dan tidak betul, kaedah keilmuannya salah dan hasil penulisannya juga
salah dan bertentangan dengan yang lainnya. Kebohongan itu terlihat
disaat kita mempertanyakan bagaimana dan darimana dia mendapatkan data
tersebut disaat dia tidak faham bahasa Arab, tidak melakukan kajian
lapangan dan sedikit sekali memahami hal ehwal Islam. MOP juga bukan
seorang ahli sejarah dan penulis yang baik, kerana itu adalah
satu-satunya buku beliau. Dimasa itu juga jarang sekali ditemukan buku
Arab yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Buku tersebut
terkesan terdapat unsur fitnah dan adu domba serta disinyalir dibuat
dengan tujuan-tujuan tertentu oleh agama lain. Dikatakan bahawa saat ini
buku MOP tersebut menjadi bahan bacaan wajib bagi para pendeta (rabi
kristian) di Sumatera Utara kerana ianya banyak menceritakan fitnah
tentang kelemahan dan kezaliman dakwah Islam.
Ada beberapa sebab logik yang menyebabkan berlakunya berbagai kekeliruan dan kekaburan tentang sejarah Tuanku Rao, iaitu:
1. Kerana
kemuliaan, kebesaran dan jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh Tuanku
Rao demi kepentingan agama Islam dan bangsa yang berjuang melawan
penjajah Belanda. Orang-orang yang berjasa seperti Tuanku Rao adalah
bukan pahlawan milik suku Rao, Minang, Mandailing, Aceh dan Melayu Riau
saja tetapi adalah pahlawan milik seluruh etnik bangsa Melayu. Kerana
Tuanku Rao adalah seorang Tokoh besar yang menjadi idola, kebanggaan
dan ramai peminat ketika itu. Dan juga kerana setiap orang dan suku kaum
mengharapkan lahirnya manusia seperti dia.
2. Lahirnya
berbagai andaian yang mengatakan bahawa beliau adalah orang Batak,
Tapanuli, Aceh ataupun Riau daratan dan sebagainya adalah hal yang
biasa. Ini kerana setiap tokoh biasa berada dan berjuang serta berdakwah
dalam waktu yang sangat lama di suatu tempat, mengingat susahnya
transportasi ketika itu. Tuanku Tambusai umpamanya diberi marga harahap
oleh orang Tapanuli kerana lamanya beliau berjuang dan berdakwah disana
sehingga masyarakat setempat sudah sehati dengannya.
3. Sejarah
Tuanku Rao tidak dicatat dalam media oleh orang Rao. Akan tetapi ia
menjadi legenda dan memori dikalangan masyarakat Rao. Legenda ini dapat
kita telusuri pada masyarakat Rao yang sudah tua. Ini terutama dalam
masyarakat suluk atau tharikat yang ada saat ini. Ada juga yang
menyimpan sejarah Rao sebagai rahasia, agar tidak menjadi fitnah ke anak
cucu kerana hebatnya perang saudara yang disebabkan adu domba Belanda
di Rao dahulu.
4. Dalam
komuniti masyarakat Rao, nama sebenar seseorang agak susah dikenali,
kerana setiap orang biasanya memiliki beberapa nama. Orang biasa
dipanggil dengan panggilan biasa (laghob) dan gelaran sahaja. Disaat
orang pulang dari menunaikan haji di makkah, biasa nama mereka akan
bertukar kepada nama Islami atau sekurang-kurangnya ditambah Haji
Muhammad dipangkal namanya.
5. Budaya
tulis menulis waktu itu yang belum seperti sekarang. Faktor kurangnya
budaya tulis menulis saat itu dapat dimengerti mengingat keadaan Rao
yang saat itu tahun 1800-an masih berbentuk sebuah perkampungan melayu
yang kuno. Kesibukan tokoh dalam berdakwah dan ditambah lagi melawan
agenda penjajah membuat tenaga mereka terkuras habis dan tidak sempat
menulis lagi.
6. Meninggal
beberapa tahun setelah Rao ditaklukkan. Mengingat ahli sejarah
Indonesia masih berkiblat dan menjadikan tulisan dan cacatan orang
Belanda yang berada di Den Hag sebagai sumber primer mereka, maka
menurut pandangan mereka mengatakan bahawa kurang jelasnya sejarah
Tuanku Rao kerana kematian Tuanku Rao berlaku beberapa tahun selepas Rao
ditaklukkan Belanda. Ianya dikatakan penyebab kurang menarik minat para
penulis Belanda ketika itu. Beberapa daerah Indonesia saat ini, ada
yang dijajah selama 350 tahun, akan tetapi beberapa daerah lainnya ada
yang beberapa tahun sahaja dan ada juga yang tidak pernah dijajah
Belanda sama sekali. Rao sendiri ditaklukkan Belanda selama lebih kurang
126 tahun iaitu bermula tahun 1883.
7. Tuanku
Rao menurut beberapa cacatan sejarah Berjaya Membunuh Sisingamangaraja X
dengan berbagai mitos cara pembunuhan dan kematiannya. Sisingamangaraja
adalah raja dan tokoh tanah Batak yang ketika itu diagungkan seperti
Dewa. Dikabarkan bahawa Sisingangaraja kebal berbagai macam senjata
tajam dan dia tidak akan mati selagi badannya menyentuh bumi. Akhirnya
diwaktu badan Sisingamangaraja melambung ke udara Tuanku Rao mengambil
kesempatan itu untuk menebas kepalanya dan disambut agar tidak jatuh ke
bumi atau agar ia tidak hidup kembali. Sebagai pemimpin yang didewakan
dengan symbol lidah berbulu, tentu sahaja orang Batak sakit hati. Dan
untuk membalas sakit hati dan memuaskan hati orang Batak inilah orang
mereka membuat cerita bahawa yang membunuh Raja atau Dewa mereka itu
bukanlah orang lain, tetapi kemenakan dari Sisingamangaraja sendiri.
Maka dengan ini terobat jualah hati generasi orang Batak. Nama Batak itu
sendiri menurut Tokoh Rao yang penulis wawancarai terdiri dari kata
BOATAK. Ini berlaku diwaktu Tuanku Rao mengirim intelligent ke Tanah
Batak sebelum berlakunya penyerangan. Kata intelligent itu untuk apa
kita takut, padahal mereka itu tidak ada apa-apanya rumah mereka pun
boatak (bersusun). Dari situlah timbulnya nama Batak menurut versi orang
Rao yang juga saudara kandung seniman dan juga sejarawan tersohor
Indonesia Asrul Sani.
8. Dalam
sejarah yang dicatatkan oleh M. Rajab dalam bukunya perang Paderi
mengatakan bahawa Tuanku Rao yang juga menantu yang dipertua Rao (Raja
Rao) mengambil alih kekuasaan dari mertuanya itu dengan cara berunding.
Ini kerana Tuanku Rao melihat bahawa yang dipertua Rao tidak mampu lagi
memimpin Rao kerana faktor usianya yang sudah sangat tua. Ini juga
kerana faktor ketidak mampuan yang dipertua Rao untuk melawan penjajah
dan selalu tunduk mengikut telunjuk dan kehendak penjajah ketika itu.
Pertikaian kaum adat dengan kaum agama sebenarnya berlaku di seluruh
Sumatera Barat. Ini dikatakan yang menyebabkan terbunuh dan larinya
keluarga raja Pagaruyung ke negeri Sembilan kerana tidak mau
menghilangkan adat budaya Minangkabau yang bertentangan dengan ajaran
Islam. Kaum paderi yang dipimpin oleh ulama bermaksud ingin membersihkan
orang Sumatera dari ajaran tahayul, animisma, bid`ah, khurafat dan adat
resam yang tidak sesuai serta bertentangan dengan ajaran Islam.
Sementara pihak kaum adat mahu adat itu terus dipertahankan. Konflik
kaum adat dengan kaum agama ini yang dikatakan membuat orang takut
menuliskan sejarah Tuanku Rao. Dikatakan ketika itu, siapa sahaja yang
menulis atau menganggungkan setelah kematian Tuanku Rao akan dibunuh
oleh petinggi adat ketika itu. Ada kemungkinan karya tulis Tuanku Rao
dihilangkan oleh Belanda atau pun kaum adat yang anti dengannya
Beberapa
tokoh masyarakat Rao yang penulis temubual juga mendapati indikasi
pembohongan dan khayalan MOP dalam bukunya tentang Tuanku Rao. Seperti
kalimat MOP Huta Godang sebenarnya Koto Godang kerana di Rao terdapat
kampong lama Koto Godang yang sudah ditinggalkan. Pokki yang dimaksudkan
MOP adalah hasil penipuan sejarah. Ini kerana di Rao sampai sekarang
terdapat istilah Pokiah dalam bahasa Rao yang bermaksud Fakih atau orang
yang ahli dalam bidang agama Islam.
Tuanku
Rao adalah orang Rao asli yang berdasarkan pada bukti sejarah tentang
Bagindo Suman yang merupakan kemenakan kandung beliau sendiri. Wawancara
yang penulis lakukan terhadap cicit Bagindo Usman mendapati bahwa
mereka adalah orang Rao asli, bukan orang Tapanuli. Beberapa peninggalan
Bagindo Suman masih terdapat di Rao Padang Metinggi hingga saat ini.
Barang peninggalan itu berupa kuburan yang berukuran besar melebihi
ukuran manusia sekarang ini, jubah, besi payung, tongkat dan pedang
beliau. Cicit Bagindo Suman sampai saat (2009) ini masih hidup.
Hasil
kajian yang penulis lakukan, menemukan bahawa sampai saat ini
daerah-daerah disekitar Rao umat Islamnya masih mengaji menggunakan
bahasa Rao. Hal itu dapat dilihat dalam masyarakat Tapanuli, Batak,
minangkabau, Riau daratan, dan pesisiran pantai. Pengaruh ini tentu
sahaja membawa kita kepada kesimpulan bahawa Tuanku Rao yang berasal
dari Rao dan anak jati Rao, kerana menggunakan bahasa dan adat resam
orang Rao.
Tuanku
Rao, Bagindo Usman serta keturunannya sampai sekarang tidak memiliki
marga sebagaimana identity masyarakat Tapanuli dan Batak. Marga atau
suku kaum adalah sesuatu yang penting dalam masyarakat mereka. Di ujung
nama mereka biasanya akan dicantumkan Siregar, Lubis, Nasution,
Simanjuntak dan sebagainya dan ini tidak terdapat dalam keluarga Tuanku
Rao, Bagindo Usman mahupun anak cicitnya hingga saat ini.
Mengutip
Prof Taufik Abdullah mengatakan bahawa objektif MOP dalam menulis buku
tersebut sangat dipertanyakan. Dalam bukunya beliau mengangkat Tuanku
Rao dan Tuanku Tambusai sebagai tokoh yang berani berasal dari tanah
batak, dan merendahkan Tuanku Imam Bonjol sebagai seorang yang pengecut.
Padahal sejarah jelas mengenal bahawa kedua tokoh tersebut tidak
memiliki marga sebagaimana semestinya orang Tapanuli dan orang Batak
yang wajib memiliki marga.
Dakwaan
MOP yang mengatakan bahawa Tuanku Rao adalah orang Batak atau Basyiral
Hamidy yang mendakwa beliau orang Tapanuli juga dibantah dengan berbagai
bukti saintifik lainnya. Sepintas pernyataan mereka ini Nampak benar
kerana ramainya orang Tapanuli yang berada di Rao saat ini. Akan tetapi
mereka lupa, kerana pada hakikatnya orang Tapanuli adalah pendatang dan
yang di datangkan ke Rao selepas kemerdekaan. Sejarah mencatatkan bahawa
berlakunya penghijrahan orang Tapanuli ke Rao berlaku selepas
kemerdekaan. Ini kerana pemerintah Indonesia melihat tidak
dimanfaatkannya tanah dan perkebunan getah, sawah padi dan sebagainya
yang ditinggalkan oleh Belanda. Orang Rao sendiri ketika itu ramai yang
berhijrah ke luar seperti Malaysia.
Sampai
sekarang sensitifiti orang Rao terhadap Batak masih berlaku. Orang
Batak dalam persepsi masyarakat Rao terkesan kurang baik. Ini juga
berlaku disebagian besar wilayah Indonesia, walaupun sebenarnya saat ini
sudah ramai orang Batak yang masuk Islam dan berpendidikan tinggi.
Mereka diidentikkan sebagai tidak Islam, makan babi, makan orang, dan
berbagai penilaian negative lainnya. Bagaimana mungkin mereka dapat
menerima orang Batak sebagai pemimpin dan menantu mereka padahal
komuniti ini dipandang negative dan rendah oleh masyarakat Rao. Sampai
saat ini tidak ada masyarakat Rao yang mau menerima masyarakat Batak
dalam komuniti mereka apalagi mengangkatnya sebagai menantu sangat jauh
sekali.
Biografi Tuanku Rao
Tuanku
Rao lahir di Padang Mentinggi sekitar 2 km dari pekan Rao. Ayahnya
seorang pedagang kerbau bernama Ibrahim berasal dari Sei Ronyah, Rao.
Ibunya bernama Siti Aminah berasal dari Air Bangis. Beberapa kajian
ilmiyah yang dilakukan oleh anak-anak Rao mendapati bahawa nama sebenar
tuanku diwaktu kecil adalah Syamsu Taberi. Tuanku Rao memiliki 2 orang
saudara perempuan dan seorang saudara lelaki. Kakak perempuan Tuanku Rao
memiliki seorang anak yang bernama Bagindo Suman yang sekaligus sebagai
panglima perang beliau. Ibunya memiliki seorang saudara lelaki bernama
Nahkoda Langkok seorang saudagar kaya yang di dalam sejarah disebut
menghianati anak kemenakannya sendiri iaitu Tuanku Rao. Nama atau
gelaran Tuanku Rao menurut persepsi Naskah Tuanku Imam Bonjol ialah
Fakih Saleh, menurut penulis Fakih Saleh bukanlah nama, tetapi gelaran
kesarjanaan kepada seseorang yang ahli dibidang agama Islam ketika itu.
Fakih (Pokiah) berarti ahli figh dan Saleh orang yang soleh, atau bisa
juga disebut Ulama menurut pendapat penulis.
Wan
Mohd. Shagir mensinyalir nama sebenar ‘Tuanku Rao’ kemungkinan ialah
Syeikh Muhammad Murid Rawa. Kisah anaknya, Syeikh Muhammad Shalih Rawa
dijumpai sebuah karyanya judul Fath al-Mubin. Ada kemungkinan nama ini
beliau perolehi setelah kembali dari menunaikan ibadah haji dan menuntut
ilmu di Makah.
Gelar
Tuanku adalah gelaran tertinggi dalam komuniti masyarakat Rao dan
sekitarnya. Kerana ia menjadi pemimpin dan anutan masyarakat, baik dalam
masalah dunia mahupun masalah agama mereka. Tuanku tidak tunduk kepada
Raja, kerana raja hanyalah mengepalai bidang adat (symbol) sahaja.
Tuanku duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan raja.
Perbedaannya, gelaran Raja diwarisi turun temurun, sementara Tuanku
adalah gelaran yang diperoleh dari pengakuan dan pengangkatan masyarakat
yang terpilih. Penulis mengibaratkan Tuanku seperti gelaran Khalifah
yang mendapat pengakuan dari masyarakat luas, yang dipilih dengan jalan
syura`. Disamping itu Tuanku terkenal dengan berbagai macam mitos
keramat, seperti Wali Songo di Pulau Jawa.
Perjuangan
Tuanku Rao bersama kaum Paderi lainnya yang sangat heroik itu, sangat
jelas ketika merebut Benteng Amerongen (sampai sekarang sisa benteng
tersebut masih terlihat dengan jelas). Benteng Amerongen didirikan tidak
terlepas dari penunjukkan akan kekuatan dan kekuasaan, serta basis
pertahanan Belanda untuk membendung perlawanan kaum Paderi di daerah
Rao. Diceritakan, ketika tentara Belanda yang menduduki Bonjol, Lubuk
Sikaping, Lundar, Tambangan dan daerah lainnya yang sebelumnya diduduki
oleh kaum Paderi. Namun benteng pertahanan Belanda tersebut, masih bisa
bertahan dan inilah satu satunya basis pertahanan Belanda yang mereka
miliki. Namun, dengan sikap heroik yang kuat akhirnya bulan November
1833 benteng tersebut dapat direbut oleh kaum Paderi dan berhasil
memukul mundur pasukan Belanda dan pergi ke Natal.
Tuanku
Rao dan kawan-kawannya menghadapi berbagai macam penghianatan dari
orang Rao sendiri, dari Nahkoda Langkap, dari orang Batak, dari Raja
Gadombang dari Tapanuli, dari Tuanku Natal, dari Temenggung Keroredjo
pasukan Sentot Alibasa dan sebagainya. Sentot Alibasa akhirnya berpaling
membela Tuanku Rao cs setelah dia sedar bahawa orang yang dia perangi
itu adalah seagama dan seide dengannya
Pendidikan
awal Tuanku Rao peroleh di Rao sendiri sebagai pusatnya ilmu
pengetahuan ketika itu. Selanjutnya Tuanku Rao melanjutkan pendidikannya
ke Aceh dan menurut Hamka ada kemungkinan beliau memperdalam ilmu
ke-Islamannya ke Makah ketika itu. Pengaruh Aceh di Rao masih ada sampai
sekarang, seperti Munesah sebutan orang Rao bagi masjid atau surau
mereka.
Sejarah
mencatatkan bahawa penyebab kematian Tuanku Rao adalah kerana
penghianatan yang dilakukan oleh pamannya sendiri yang bernama Nahkoda
Langkok. Keberadaan kaum Paderi yang anti penjajah bagi seorang saudagar
kaya yang bernama Nahkoda langkok sangat mengganggu bisnesnya dengan
Belanda. Atas bujukan Belanda, Nahkoda Langkok ternyata tega
mengkhianati anak kemenakannya itu. Hamka menyatakan bahawa kematian
Tuanku Rao sebagai syahid kerana melawan penjajah Belanda yang ditembak
peluru penjajah secara bertubi-tubi di Air Bangis, tepatnya 29 Januari
1833 Allahu yarham menemui ajalnya. Diakhir hayatnya beliau masih
memegang sebilah keris sebagai simbol perlawanan dan pantang menyerah.
Innalillah wa inna ilaihi rojiun.
Legenda Tuanku Rao
Beberapa
legenda mungkin juga mitos Tuanku Rao masih dapat kita ikuti saat ini
dalam komuniti masyarakat tua, terutamanya bagi mereka yang mengikuti
suluk atau pengajian tarikat. Di antara legenda itu ialah;
1. Ka`bah terbakar.
Diwaktu Tuanku Rao dicukur rambutnya di Rao dia menjerit dengan
mengatakan ka`bah terbakar. Seorang yang kembali dari menunaikan haji
mengatakan bahawa ada seorang yang kepalanya bercukur sebelah, membawa
air memadamkan api di Makah.
2. Bagindo Usman jadi peluru.
Bagindo Usman adalah kemenakan kandung Tuanku Rao. Dalam masyarakat Rao
yang dipengaruhi oleh budaya Minang menganggap kemenakan sangat dekat
dengan mamak nya. Dalam mitos yang diwarisi turun temurun bahwa Bagindo
Usman dijadikan peluru yang dimasukan kedalam meriam. Bagindo Usman
terbang sambil memegang pedang dan menebasi kepala askar Belanda ketika
itu.
3. Kebal.
Dalam mitos mashur diketahui bahawa kematian Tuanku Rao adalah
disebabkan penghianatan orang Rao sendiri yang memberi tahu dimana
kelemahan dan bagaimana cara membunuh Tuanku Rao. Sementara Bagindo
Usman dibunuh setelah penghianat memberi tahu bahawa Bagindo Usman hanya
boleh dibunuh dengan benang tujuh cento (warna)
4. Gosong. Gosong
Tuanku Rao menurut penulis bukanlah mitos, tetapi reality. Iaitu dengan
ditemukannya gosong tersebut oleh beberapa individu.
Bukti Yang Jelas
Walaupun
data-data tarikh dan angka-angka tentang Tuanku Rao banyak
diperdebatkan oleh ahli sejarah, namun bukti keberadaan Tuanku sangat
jelas terlihat hingga saat ini. Kesan keberadaan dan kewujudan Tuanku
Rao dapat dilihat dari dua peran besar yang beliau mainkan iaitu;
Fase
Pertama: Perjuangan dakwah Islamiyah kepada masyarakat Rao dan daerah
tetangga mulai 1800 sampai 1823 dan Fase Kedua: Perjuangan melawan
Penjajahan Belanda mulai 1822 hingga 1833.
Sebagai Ulama
Rao
dikabarkan pernah menjadi pusat penyebaran ilmu ke Islaman yang
melahirkan tokoh besar Indonesia seperti Syeikh Ahmad Khatib
al-minangkabawi, Agus Salim dan sebagainya. Penulis melihat bahwa
daerah-daerah yang selama ini dikenal sebagai penghasil para ulama akan
dihancurkan secara sistematik. Lihat sahaja Aceh dengan perang saudara
yang berpanjangan, Barus yang selama ini penghasil ulama sekarang
mayoritas masyarakatnya tidak beragama Islam lagi, Fathani dengan
kekacauan dan perang saudara, Minangkabau dengan kerusakan moral dan
hipotesis ini juga mungkin berlaku di Rao.
Tuanku
Rao adalah seorang Ulama dan reformis Islam yang ingin melihat Islam
secara kaffah. Bersama rakan seperjuangnnya mereka berusaha
menghilangkan ajaran animism, khurafat, tahayul dan bida`ah yang menjadi
peninggalan budaya agama budha dan hindu sebelumnya.
Sampai
saat ini belum ditemukan bukti terdapatnya Tulisan atau karya Tuanku
Rao. Sejauh penelitian yang penulis lakukan hanya menemukan sebuah
naskah al-Qur`an tulisan tangan asli yang ditulis oleh Isteri Tuanku
Imam Bonjol. Namun sejarah mengenal bahawa Tuanku Rao dikenal dengan
seorang individu yang tidak pernah mengenal kompromi terhadap penjajah.
Sikap ini membuat penjajah anti dan memusuhinya. Tidak tertutup
kemungkinan berlakunya pembakaran atau pemusnahan terhadap karya Tulis
Tuanku Rao ketika itu. Keulamaan Tuanku Rao pernah dicatatkan oleh
Muhammad Shagir dalam sebuah artikel beliau. Bukti lain bahawa beliau
adalah seorang ulama adalah pengakuan sejarah bahawa beliau memiliki
peranan yang besar dalam mengislamkan masyarakat Rao dan sekitarnya. Ini
termasuk masyarakat di Tapanuli, Batak, Bagian dari minang kabau, Riau
daratan dan pesisiran pantai. Terdapatnya komuniti masyarakat Rao di
tempat yang disebutkan sebelum ini juga menjadi bukti kesan pengaruh
Tuanku Rao di tempat tersebut.
Sejarah
juga ada mencatatkan bahawa Tuanku Rao adalah kakak seperguruan
(kemungkinan juga sebagai guru berdasarkan peringkat umur Tuanku Rao
yang lebih tua) Tuanku Tambusai semasa belajar agama di Rao yang
sama-sama mendapat gelaran Fakih. Beliau juga yang menasehati agar
Tuanku Tambusai melanjutkan pelajarannya ke Makah setelah menamatkan
pelajaran dengan Tuanku Rao dan Tuanku Imam Bonjol. Dakwah Islamiyah
dan perjuangan Tuanku Rao merentasi suku bangsa di Sumatera seperti Rao,
Minangkabau, Tapanuli, Batak dan Melayu Riau
Sebagai pejuang
Walaupun
perjuangan Tuanku Rao berakhir dengan kematiannya ditangan penjajah.
Namun beliau mewariskan spirit anti penjajah kepada orang Rao dan kepada
para pengagumnya ketika itu. Kematiannya sebagai syahid memberi
inspirasi dalam menanamkan semangat anti penjajah pada generasi
selepasnya. Seorang adik kelasnya yang bernama Tuanku Tambusai terkenal
dengan keberaniannya dan ditakuti oleh askar Belanda dan askar upahan
ketika itu seperti ketakutan pada harimau. Di Malaysia juga dikenal nama
besar Mat Kilau adalah seorang pejuang yang berani dan gigih melawan
penjajah juga dikatakan sebagai keturunan Rao.
Kemudian, sampai di
Di zaman pemerintahan Soekarno pun orang Rao ramai yang terlibat
menjadi PRRI. Gerakan ini dikenal dengan gerakan protes melawan
pemerintah Soekarno yang zalim dan tidak adil ketika itu. Soekarno hanya
membelanjakan kekayaan Negara untuk pusat sahaja, padahal daerah adalah
penghasil terbanyak kekayaan negara. Gerakan ini juga diikuti oleh
seorang tokoh yang sekarang sudah diangkat menjadi pahlawan Nasional
Indonesia iaitu Muhammad Natsir. Seorang putra Rao pengawal peribadi M.
Natsir masih hidup hingga sekarang di Rao, dengan bekas tembakan
dilehernya masih dapat terlihat dengan jelas hingga kini. Sifat
perlawanan ini sepertinya menjadi karakter orang Rao yang diwarisi dari
nenek moyang tokoh idola mereka Tuanku Rao sebagai symbol perlawanan
terhadap kezaliman dan ketidak adilan ketika itu.
Bagindo Suman
Sejarah
Bagindo Suman / Usman agak lebih jelas daripada sejarah Tuanku Rao.
Beliau adalah kemenakan kandung Tuanku Rao dan sekaligus sebagai
panglima perang beliau yang sangat gagah dan berani. Salah satu genre
sastera yang dikenal hingga saat ini adalah Ratok Bagindo Sumen. Ratok
bagindo Sumen itu adalah tangisan ibunya yang menceritakan tentang
sejarah anaknya dari kecil, menjadi pejuang hingga kematiannya digantung
Belanda. Kematian itu disebabkan oleh pengkhianatan orang Rao yang
menceritakan kepada Belanda tentang bagaimana cara membunuh beliau.
Konon katanya Bagindo Suman tidak bisa dibunuh, sakti dan keramat dan
hanya bisa dibunuh apabila digantung dengan benang tujuh conto (warna)
Berbagai
peninggalan sejarah beliau berupa jubah besar, tongkat, rangka payung
dari besi, pedang, kuburan yang melebihi sais ukuran manusia biasa, saat
ini masih dapat dijumpai di Padang Metinggi Rao yang dijaga oleh
keturunan beliau. Hanya sahaja pokok kayu tempat menggantung almarhum
baru sahaja tumbang pada tahun 2006 lalu.
Analisa dan Kesimpulan
Tuanku
Rao adalah orang Rao Padang Metinggi yang syahid di Air Bangis setelah
terperangkap dalam peperangan dan berjaya ditawan, oleh Penjajah
diangkut ke kapal Belanda tahun 1833 dan kemungkinan dibuang ke laut dan
menjadi gosong.
Tuanku
Rao adalah seorang Ulama berdasarkan latar belakang pendidikannya di
Rao, Aceh dan Makah dan juga berdasarkan gelar keagamaan Fakih Saleh
atau Syeikh Muhammad, nama yang kemungkinan beliau peroleh setelah
kembalinya dari Makah. Ke-Ulamaan beliau dapat dilihat dari keberhasilan
beliau mengIslamkan masyarakat Rao, Tapanuli dan Batak.
Para Ulama yang berjuang dengan gigih dan keimanan yang kuat
lah sebenarnya yang harus diberi penghargaan sebagai pendiri bangsa
Indonesia sesungguhnya. Sebab ulama adalah pemimpin masyarakat yang ikut
serta langsung dalam menggerakan perlawananan terhadap setiap bentuk
penjajahan. Perjuangan ulama merentasi aliran kesukuan dan kelompok.
Ulama
terlibat langsung dalam perjuangan kemerdekaan, menjadi pemimpin dan
ikutan umat dalam perjuangan menegakkan Islam dan kebebasan dari
penjajahan. Selepas kemerdekaan negara-negara umat Islam dikuasai oleh
para pemimpin yang sekuler dan bahkan anti Islam. Islam dan umat Islam
selalu disalahkan atas setiap kelemahan negara Islam seperti korupsi,
Kolusi, Nepotisma, ketidak profesionalan, gejala sosial dan jenayah dan
sebagainya. padahhal negara umat Islam tidak ditadbir secara Islamic dan
oleh orang yang beriman.
Ulama
silam telah mewakafkan harta, badan dan nyawanya untuk melawan penjajah
agar memperoleh kemerdekaan dari tangan penjajah. Mereka menjadi
penggerak yang bertindak langsung sebagai pejuang melawan penjajah, dan
bukan hanya duduk dirumah memberi arahan sahaja.
Kedudukan
ulama dizaman silam sangat terhormat dan mulia serta menjadi anutan dan
kebanggaan oleh masyarakatnya. Ini kerana ulama adalah orang yang
sesuai antara perkataan dengan perbuatannya. Selepas merdeka Negara
dikuasai oleh orang-orang sekuler yang sebahagiannya tidak pernah
bangkit berperang melawan penjajah. Posisi ulama dipinggirkan dengan
berbagai macam propaganda seperti NII, Terorisme, Islam garis keras dan
sebagainya. Ini kerana kekuatan umat Islam akan menjadi ancaman bagi
kekuasaan mereka kalau tidak diatasi.
Umat
Islam yang teramai didunia terdapat di Indonesia, umat Islam memiliki
kekuatan politik yang dahsat. Akan tetapi Islam dan Umat Islam di
Indonesia selalu berhasil dilemahkan mulai zaman Soekarno dengan
pembubaran Masyumi, Zaman Soeharto yang memaksa asas tunggal, hinggalah
dizaman reformasi yang memberi prediket teroris kepada umat Islam.
Sampai saat ini kedudukan Islam dan Ulama di RI masih saja terpinggir
akibat penjajahan Barat yang beragama Kristen begitu lama.catatan:afriadi sanusi
http://adi-rawi.blogspot.com/2009/12/tuanku-rao-seorang-ulama-pejuang-melayu.html
TULISAN TERKAIT:
BUKU GREGET TUANKU RAO YANG KONTROVERSI.
- "SEJARAH PARIAMAN"
- Perjalanan Syekh Burhanuddin Ulakan.
- CATATAN TENTANG DUSUN LIMPATO diseisarik tujuah ko...
- Kalimat Alm Anas Malik Tentang Pariaman Menjelang ...
- Alm Kol Anas Malik Dalam Kenangan, seorang figur k...
- Asal usul sejarah 'indang rang piaman".
- Sutan Mohammad Rasjid : "pahlawan dari pariaman ya...
- lagu-lagu rancak "PUTRA @w PILIANG." rang piaman a...
- Menyusuri Sudut Kota Pariaman
- ' catatan mesjid tertua di sumatera barat"
- Sejarah awal datangnya islam di sumatera barat
- 'JEJAK KONTROVERSI TUANKU NAN RENCEH (sang penggag...
- "siapa tuanku nan renceh??"
- TUANKU NAN RENCEH Dalam Surat Keterangan Syekh Dja...
- Buku ‘Greget tuanku rao dan tuanku tambunsai yang ...
- TUANKU RAO dalam pandangan buya HAMKA.
- SEJARAH MINANGKABAU AWAL